Tanah Bencah Setiu

Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di Terengganu di pantai timur Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 23,000 hektar, ia terdiri daripada lapisan hutan riparian tebing sungai, paya gambut, paya bakau, lagun air payau dengan tumbuhan dan pulau-pulau pasir, katil rumput laut dan pantai berpasir.Di Malaysia, hanya tanah lembap di Daerah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.